JUMAAT, 24 DISEMBER – Polis tidak menolak kemungkinan wujudnya segelintir individu atau pihak yang mengambil kesempatan daripada isu banjir untuk membuat kutipan derma bagi kegunaan diri sendiri.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datok Mohd Kamaruddin Md.Din berkata polis sentiasa memantau aktiviti kutipan derma terutama yang dilakukan melalui internet.
Jelasnya, walaupun sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima namun sebarang aktivit yang meragukan akan disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Kamaruddin juga berkata kejadian banjir yang melanda seluruh negara telah mengakibatkan kerugian terhadap mangsa-mangsa dan parti politk serta badan bukan kerajaan (NGO).
Datuk Mohd Kamaruddin Md Din, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berkata :
“Kejadian banjir kilat melanda beberapa kawasan di seluruh negara telah mengakibatkan kerugian terhadap mangsa-mangsa terlibat dan pelbagai inisiatif kutipan derma telah dilancarkan parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan individu persendirian”.
Beliau juga menasihatkan orang ramai agar berhati dalam menyalurkan derma kepada mangsa-mangsa banjir.
“Orang ramai dinasihatkan agar berhati-berhati dalam menyalurkan derma kepada mangsa banjir agar ia sampai kepada mereka yang memerlukan”
Mengulas lanjut, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penipuan kutipan derma tampil membuat laporan.