JUMAAT, 24 DISEMBER – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan arahan kepada kesemua agensi terlibat dengan bencana banjir untuk mengadakan sidang media harian OPS Banjir.
Memetik hantaran di facebooknya, sidang media itu bertujuan memastikan rakyat mendapat maklumat terkini dan sahih mengenai situasi banjir semasa dan persediaan yang perlu dilakukan bagi menghadapi banjir.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ,Perdana Menteri berkata :
‘’Rakyat perlu mendapatkan maklumat jelas, sahih dan terkini mengenai situasi semasa bencana banjir yang melanda beberapa negeri,’’
Ujar beliau, rakyat perlu mendapatkan maklumat yang jelas dan sahih mengenai situasi banjir dan bencana yang berlaku.
Dalam catatan di laman twitter beliau, Ismail mengarahkan agar laporan harian disediakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk makluman rakyat Malaysia.
Sidang Media Info Banjir Terkini :
Sidang Media Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani 10 PAGI
Sidang media Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Affendi Buang 12 Tengah Hari.
Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid 2 Petang
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim 4 Petang
Beliau turut menyenaraikan urutan sidang media yang akan dimulakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada jam 10 pagi, diikuti Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Affendi Buang pada 12 tengah hari.
Pada sebelah petang, sidang media akan dimulakan pada jam dua oleh Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid serta Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr Aminuddin Hassim pada 4 petang.
Menurut Ismail, kesemua Barisan hadapan kerajaan perlu terlibat sama dan sentiasa bersedia dalam menghadapi bencana.