Hujan Ribut Di Beberapa Negeri Pada Krismas

(Hujan ribut dijangka sehingga hari krismas / sumber : sinarharian)
(Hujan ribut dijangka berlaku sehingga hari krismas / sumber : sinarharian)

JUMAAT, 24 DISEMBER – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang pada hari Krismas esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ramalan cuaca pada waktu pagi itu, turut membabitkan beberapa kawasan seperti di Betong, Mukah, Sarikei, Sibu dan Bintulu, Sarawak serta Kudat Sandakan dan Tawau di Sabah.

(Ramalan cuaca signifikan 24 – 30 Disember / sumber : FB malaysiamet)

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan dan ribut petir di satu dua kawasan di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan kawasan Pantai Barat dan Pendalaman Sabah pada waktu petang.

Selain itu, MetMalaysia menyatakan bagi waktu malam akan berlaku hujan di satu dua tempat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jumlah Mangsa Banjir Turun Di Empat Negeri, Negeri Sembilan Meningkat

Next Post

Polis Tidak Tolak Kemungkinan Ada Pihak Tipu Kutipan Derma Bencana

Related Posts