JUMAAT, 24 DISEMBER – Kementerian Kesihatan KKM melaporkan sebanyak 29 kematian direkodkan akibat covid 19 setakat tengah malam tadi. Enam kes kematian membabitkan kes kematian di luar fasiliti kesihatan BID.
Setakat ini, data yang direkodkan di portal COVIDNOW memaparkan jumlah kematian COVID-19 telah mencecah angka 31,221 kes kematian daripada keseluruhan dua juta, 728, 203 kes sejak kehadiran virus itu dikesan di negara akhir Januari tahun lalu.
Enam daripada 29 kematian itu dilaporkan di negeri Pahang, lima di perak, empat kes di kedah diikuti 3 kes di Selangor, Johor dan Terengganu.
Sabah pula merekodkan sebanyak dua kes, dan sat ukes kematian di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.
Setakat tengah malam tadi, laporan KKM merekodkan sebanyak 49, 395 kes aktif positif covid. Sebanyak 42, 43 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 3,443 pesakit dirawat di pusat kuarantin dan rawatan covid 19 berisiko rendah PKRC dan bakinya, 3,571 pesakit mendapatkan rawatan di hospital.
Sementara itu, sebanyak 56.7 peratus penggunaan katil di wad unit rawatan rapi ICU, termasuk pesakit bukan covid-19. Kadar penggunaan katil di hospital kini berada pada tahap 63.9 peratus manakala penggunaan katil di PKRC pada tahap 22.4 peratus.