KHAMIS, 23 DISEMBER – Pengurusan banjir dilihat tidak mencapai tahap yang memuaskan terutama dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.
Menurut Geostrategis Azmi Hasan, info berkenaan banjir perlu disampaikan kepada rakyat melalui saluran yang mudah diakses dan diterima supaya orang ramai dapat mengetahui maklumat berkenan dari masa ke semasa.
Azmi Hassan, Geostrategis berkata :
“Cara terbaik adalah menyalurkan maklumat itu dalam satu portal dan bagi saya nadma dah ada portalnya tapi dalam portal itu dirakam segala bencana kali ini itu yang paling mustahak dan seharusnya digunakan secara meluas kalau MKN boleh guna sms untuk menyalurkan maklumat tetang covid-19 saya tak Nampak mengapa agensi bertanggungjawab seperti nadma menggunakan sms untuk menyalurkan maklumat terkini sebab dalam hal banjir ni maklumat terkini adalah paling penting berbeza dengan covid-19 mereka boleh mengadakan sidang akhbar pada sebelah petang tetapi hal banjir ni kita perlukan maklumat terkini jadi bagi saya yang terbaiknya adalah melalui portal yang boleh dicapai orang ramai dengan cepat dan kedua adalah salurkan melalui sms bagi saya perkara itu bo0leh dilakukan bukan sesuatu yang mustahil.”
Tambah Azmi, memasuki hari ke lima banjir yang melanda lembah Klang, kesilapan yang berlaku sepatutnya ditambah baik dan diperbetulkan oleh pihak pengurusan supaya rakyat tidak bertambah terbeban dengan masalah yang dihadapi.
“Dan dalam hal ini kita ada ada beberapa agensi dan struktur yang disediakan adalah lengkap sekali bermula dari daerah yang diketuai pegawai daerah sehingga kepada agensi yang tertinggi sekali iaitu NADMA yang diketuai pengarahnya jikalau ia melibatkan beberapa buah negeri jadi struktunya memang dah ada dan seharusnya hari ini hari rabu dan 5, 6 hari bila berlaku banjir seharusnya jika ada kelemahan itu diperbetulkan.”
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menafikan berlaku kelemahan dalam pengurusan bencana banjir terutamanya di negeri Selangor sehingga meragut nyawa.
Namun katanya kerajaan sentiasa telus dan tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya pengajaran perlu diambil dalam menghadapi bencana sama pada masa akan datang.