KHAMIS, 23 DISEMBER – Bantuan banjir yang disampaikan merupakan satu petanda positif.
Namun, terdapat birokrasi yang dikenakan terhadap mangsa banjir sebagai syarat untuk menerima bantuan dianggap tidak logiK berikutan kesempitan yang terpaksa mereka alami ketika ini.
Rata-rata netizen di media sosial meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila terdapat permintaan yang dianggap mengarut sebagai syarat untuk mendapatkan bantuan.
Malah, sebagian mereka juga mendakwa terpaksa beratur panjang di balai polis kerana perlu membuat laporan untuk memohon bantuan.
Netizen juga turut berharap pemimpin yang berkuasa menilai semula birokrasi yang dikenakan terhadap mangsa banjir supaya bertindak dengan lebih bijak dalam menangani krisis banjir yang melanda serta bantuan dapat terus diagihkan kepada rakyat yang memerlukan.