KHAMIS, 23 DISEMBER – Yang Dipertua BERJASA Sepang, Yudi Kurniawan Budi turut sama meninjau di kawasan kejiranan yang masih terjejas di Taman Puteri Indah Labu Lanjut, Sepang.
Ujar Yudi, setakat ini, BERJASA Sepang telah memberikan bantuan awal dalam pemindahan mangsa ke pusat penempatan banjir dan memberikan beberapa bantuan asas.
Yudi Kurniawan Budi, YDP BERJASA Sepang berkata :
‘’… semalam dan pada hari sabtu kita…kita akan tingkatkan sehingga hujung minggu ini..’’
Dalam pada itu, Yudi turut menzahirkan ucapan terima kasih buat rakan-rakan pertubuhan bukan kerajaan lain dalam memberikan bantuan kepada mangsa yang terjejas terutamanya Yayasan Ikhlas, Isma dan Yayasan Maghfirah.
Dalam tinjuan TV Pertiwi hari ini sekitar 30 orang sukarelawan Berjasa Sepang mengambil bahagian dalam membersihkan kejiranan di kawasan berkenaan.
Pasca tiga hari banjir, air di kawasan berkenaan masih belum surut dan kerja-kerja pembersihan rumah masih giat dijalankan penduduk setempat.