KHAMIS, 23 DISEMBER – Tular di media sosial satu video seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kelemahan agensi-agensi kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Potongan video luahan yang disampaikan terus kepada Tan Sri Noh Omar itu kini mendapat tontonan lebih 1 juta.
“Tiada satu pun agensi kerajaan yang menolong kami… kecuali JPAM.”
Wanita yang tinggal di Hulu Langat itu juga berkongsi pengalaman bahawa dalam banjir sebelum ini iaitu pada tahun 2014, agensi kerajaan turun membantu walaupun banjir ketika itu tidak seteruk kali ini.
Namun, katanya, dalam bencana kali ini, warga Indonesia yang lebih pantas membantu mangsa.
“Kalau TS nak tahu, hanya menolong kami rakyat Indonesia…di manakah agensi kerajaan ketika itu?”