KHAMIS,23 DISEMBER – Dua puluh kes positif COVID-19 dikesan di sebuah institusi pengajian swasta (IPS) di Jalan Merpati, Kampung Serting Ulu, Jempol yang membabitkan 45 pengajar dan pelajar.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri S.Veerapan berkata kluster Jalan Merpati Seritng itu dilaporkan bermula isnin apabila seorang staf di pusat pengajian itu didapati positf pada 15 Disember lepas.
“Satu saringan yang melibatkan kesemua pelajar dan guru dibuat pada 18 Disember dan sehingga semalam seramai 45 orang telah disaring mendapati 20 positif, 24 negatif dan seorang lagi masih menunggu keputusan.”
-S.Veerapan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri
Dalam kenyataannya, satu saringan yang melibatkan kesemua pelajar dan guru dibuat pada 18 Disember dan sehingga semalam seramai 45 orang telah disaring mendapati 20 positif, 24 negatif dan seorang lagi masih menunggu keputusan.
Menurutnya lagi, kesemua kontrak rapat telah dikenal pasti dan diberikan arahan untuk melakukan kuarantin.
Pusat pengajian tersebut ditutup semula bermula pada 18 hingga 28 Disember bagi aktiviti disinfeksi oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jempol.