RABU, 22 DISEMBER – Taburan hujan yang banyak tidak mampu ditampung sistem tebatan banjir di negara ini yang dipercayai sudah lagi tidak relevan dan terkebelakang.
Perkara itu disuarakan Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Doktor Nor Shahidah Mohd Nazer dengan menyifatkan situasi itu sebagai punca banjir luar biasa yang melanda di Lembah Klang, baru-baru ini.
DR Nor Shahidah Mohd Nazeer, Pakar Geologi Kejuteraan dan Mekanik Tanah UKM berkata :
“sistem tebatan banjir yang diwujudkan untuk taburan hujan pada back years not now kita agak terlewat untuk mewujudkan satu mitigasi yang terbaik bersesuaian dengan claimic change.”
Dalam pada itu, menurut Pakar Meteorologi, Profesor Datuk Doktor Azizan Abu Samah, amaran hujan lebat yang berisiko membawa banjir tidak diambil penting dan sepatutnya perlu mengadakan sidang media supaya semua pihak dapat bersedia.
Prof Datuk DR Azizan Abu Samah, Pakar Meteorologi berkata:
“Mana-mana bencana yang paling penting adalah warning maknanya amaran kalaulah kita lihat bencana nak datang jabatan kaji cuaca akan buat amaran jadi saya nak tanya adakah sebarang sidang media dibuat GPS atau NADMA atau yang dibuat jabatan Kaji cuaca untuk menyatakan betapa gentingnya at least on the 17 kalau dapat 1 hari pun warning yang diberi kita tidak akan hadapi masalah yang dihadapi sekarang di mana orang tua-tua terperangkap ada yang meninggal satu hari warning pun cukup jadi mengapa itu tidak timbul?”
Dr Nor Shahidah dan Prof Azizan berkata demikian ketika menjadi panel dalam program Dimensi bertajuk Bencana Alam: Sejauh Mana Malaysia Tangani? yang disiarkan malam tadi.