RABU, 22 DISEMBER – Saya tidak menyokong perbuatan mencuri tetapi dalam keadaan darurat mangsa banjir tiada pilihan dan mereka terpaksa melakukannya.
Atas keprihatinan itu, Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin menghalalkan mereka yang telah mencuri barangan di pasaraya nya yang turut terjejas akibat banjir buruk di Shah Alam.
Ameer dalam satu kenyataannya berkata – kejadian memecah masuk cawangan MYDIN Mart, Sri Muda, Shah Alam baru baru ini pada dasarnya tindakan itu adalah satu kesalahan dan tidak patut berlaku.
Namun demi kelangsungan hidup mungkin mangsa terpaksa.
Dalam perkembangan sama, katanya Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN), yang mengendalikan lebih 66 cawangan pasar raya di seluruh negara, menanggung kerugian semasa yang dianggarkan mencecah lebih RM5 juta akibat bencana banjir yang melanda .
Ameer berkata kerugian dijangka akan lebih tinggi susulan kerja pemulihan cawangannya dalam tempoh tiga bulan akan datang.
Tular baru-baru ini video mengenai perbuatan pecah masuk premis menjual barangan di Shah Alam.
Selain mydin, kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Shah Alam, lain yang dipecah masuk segelintir mangsa banjir ialah Gmart, KK Mart dan 7Eleven.