/ sumber
RABU, 22 DISEMBER – Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, tidak menafikan terdapat kelemahan dalam pengurusan banjir terutamanya di Selangor dan ia akan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Beliau berkata, tanggungjawab pengurusan bencana banjir bukan setakat kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan negeri dan pihak berkaitan setiap daerah memainkan peranan penting.
Perdana Menteri tidak menafikan kelemahan yang ada dan akan menambah baik pada masa akan datang.
Tambah beliau tanggungjawab banjir bukan setakat kerajaan persekutuan tetapi kerajaan negeri dan barisan hadapannya adalah daerah-daerah.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri berkata :
“Saya tak pernah menafikan dan kita akan bertambah baik… dan frontlinersnya di daerah-daerah.”
Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Besar D’Sury, Jelebu Negeri Sembilan.
Sementara itu, Ismail berkata semasa mesyuarat secara maya bersama menteri besar negeri-negeri lain pagi tadi, beliau dimaklumkan kesiapsiagaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang teratur kerana situasi banjir sering berlaku di negeri tersebut.
Namun berbeza di Selangor, bencana yang menimpa negeri itu adalah di luar jangkaan. Cuma di Selangor terdapat masalah dan pihaknya (telus) dari segi ini tidak mahu melindungi sesiapa.
Beliau berkata peraturan membuka pusat operasi bencana mempunyai prosedur operasi standard yang perlu dipatuhi iaitu apabila sebuah rumah terjejas, wajib membuka bilik gerakan.
Katanya di Selangor bukan satu rumah terjejas tetapi semua terkesan banjir dan mangsa berpindah secara serentak terutamanya di daerah Petaling dan Shah Alam.
Datuk Seri Ismail Sabri juga berkata beliau tidak menyalahkan netizen membuat aduan, sebaliknya berterima kasih kerana terus mengadu kepadanya.