RABU, 22 DISEMBER– Pada Ahad lalu negara dikejutkan dengan tragedi banjir paling buruk di Lembah Klang sejak 22 tahun yang lalu.
Di sana sini kedengaran, bantuan lewat dan tiada pasukan keselamatan membantu sebaliknya rakyat yang sendiri membantu mangsa.
Lebih menjengkelkan apabila terdengar desas desus bahwa ada pihak keselamatan yang terpaksa bertindak melangkaui arahan apabila agensi yang dipertanggungjawabkan tidak mampu berbuat demikian.
Malah situasi sama juga menyukarkan kerja membantu mangsa banjir Selangor apabila, kerajaan negeri yang mahu menafikan pembabitan pihak keelamatan terutama Angkatan Tentera Malaysia.
Memetik Free Malaysia Today, ketika lima negeri dibadai banjir besar hujung minggu lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertindak pada Jumaat membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Sumber mendedahkan, agensi itu, yang menerima kritikan mengenai pengurusan banjir di Lembah Klang, pada mulanya teragak-agak untuk mengerahkan ATM bagi usaha bantuan.
Sumber memberitahu portal berkenaan pada suatu tahap, Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk tidak perlu menunggu Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA.
Keadaan air yang semakin naik menyebabkan mereka tidak mahu menunggu lagi dan meneruskan untuk membantu mangsa tanpa arahan agensi terbabit.
Selesai solat Jumaat ATM telah pun mula bergerak ke kawasan yang dinaiki air. Kritikan terhadap tindak balas perlahan NADMA ada asasnya.
“NADMA akan tetap menjadi sekretariat utama pengurusan bencana dan mengendalikan semua penyelarasan, dan sekiranya sesuatu tindakan itu tidak dipatuhi, maka MKN akan mengeluarkan arahan lanjut,”
– Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Di Putrajaya semalam Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan pengarahan kepada semua pihak berhubung tindakan-tindakan yang perlu dilakukan dengan segera berhubung bencana banjir ketika ini.
MKN mengambil alih mengenai pengurusan banjir yang berlaku seperti diputuskan dalam Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri semalam.
Ini sekaligus menetapkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tetap menjadi sekretariat utama pengurusan bencana dan mengendalikan semua penyelarasan.
Namun sekiranya sesuatu tindakan itu tidak dipatuhi, maka MKN akan mengeluarkan arahan lanjut.
Dalam pada itu, ada desakan daripada sebuah badan bukan kerajaan mendesak kerajaan menggugurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), DAtuk Abdul Latiff Ahmad yang mengetuai NADMA kerana gagal menguruskan banjir besar di lima negeri.
Latif pada minggu lalu, di Dewan Rakyat berkata, NADMA tidak terlibat secara langsung dalam urusan bencana alam seperti banjir di peringkat negeri, sebaliknya ia hanya menjaga urusan pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri.