
(Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor / sumber : m-update)
RABU, 22 DISEMBER – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari semalam memaklumkan beliau mendapat panggilan daripada Majlis Keselamatan Negara MKN bagi mempengerusikan MKN Negeri Selangor ekoran bencana yang melanda.
Ujar beliau, pada pagi selasa Perdana Menteri telah mengadakan satu mesyuarat MKN Khas dan seliaan banjir ini akan diuruskan oleh MKN.
Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor berkata :
‘’Saya juga telah dihubungi oleh pihak MKN untuk mempengerusikan MKN bagi pihak negeri Selangor. Insya-Allah, saya akan memanggil semua pihak termasuk pihak
Pembangkang untuk kita selaraskan urus tadbir banjir khususnya proses pemulihan selepas ini. Beliau berkata demikian dalam satu media khas di Shah Alam pada Ahad lalu.
Mengulas lanjut, Amirudin berkata, menjelang November lalu beliau telah dimaklumkan MKN Selangor adalah di bawah Jabatan perdana Menteri namun dipengerusikan oleh Menteri Persekutuan.
MKN Selangor juga dipengerusikan Tan Sri Noh Omar yang dilantik pada November lalu.
Ujarnya, Beliau tidak berkuasa untuk memberi arahan kepada Polis atau tentera sebagai pengerusi MKN pada 18 disember lalu. Namun jika diberi peluang, perkara itu akan dibuat lebih awal.
Tambahnya lagi, Amirudin enggan menyalahkan mana-mana pihak namun ingin memberi penjelasan tentang situasi sebenar.