RABU, 22 DISEMBER – 17 kematian dilaporkan setakat hari jam 8 pagi tadi di tiga daerah yang terkesan akibat bencana banjir di Selangor.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari,10 kematian direkodkan di daerah Klang, tiga di Hulu Langat dan Empat lagi kematian di daerah Sepang
.
Kejadian banjir di lembah Klang baru-baru ini terutama di Selangor disifatkan sebagai luar jangkaan dengan kebanyakkan kawasan yang dinaiki air Mengakibatkan jalan-jalan utama di bandaraya ditutup.
Satu sidang media khas dibuat hari ini oleh Menteri Besar bagi mengulas lanjut mengenai situasi banjir kelmarin.
Ujar Amirudin, beliau mendapat makluman taburan hujan adalah diluar jangkaan. Taburan hujan yang sewajarnya turun pada kadar satu bulan turun dalam tempoh satu hari yang mengakibatkan banyak tempat terjejas.
‘’…Kadar hujan….semua kerja itu dalam satu bulan…’’
Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor
“… by 8.30 saya telah menelefon perdana Menteri…mengharapkan semua asset… perdana Menteri memaklumkan Ia di bawak kelolaan NADMA..”
Ujar beliau, pihak kerajaan bukan tidak bersedia namun kejadian bencana ini adalah diluar jangkaan. Semua asset dan jentera telah digerakan oleh Amirudin bagi membantu mangsa yang terjejas.
Hujan lebat yang melanda negeri Selangor kelmarin mengakibatkan ramai warga lembah klang terperangkap di kediaman dan kenderaan ekoran terhalang air banjir.
Sementara itu, beberapa negara lain di pantai timur turut terjejas.
Tiga daerah di negeri pahang merekodkan 39,796 mangsa banjir melibatkan 10,776 keluarga.
kesemua mangsa di pahang telah dipindahkan ke 280 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan sembilan daerah.