RABU, 22 DISEMBER – Rata-rata mangsa banjir yang kami temui hari ini sedang bertungkus lumus membersihkan kediaman mereka.
Ujar mereka sepanjang 11 tahun mereka menetap di kejiranan berkenaan ini pertama kali mereka menghadapi bencana.
Seorang penduduk yang ditemui kami memaklumkan beliau sekeluarga tidak berada di kediaman mereka kerana menghadiri kenduri di negeri lain namun sebaik dimaklumkan jiran mereka sekeluarga bergegas pulang namun kenderaan yang ditinggalkan tidak berjaya diselamatkan,
Farizad Yaacob, Mangsa Banjir berkata :
‘’…dan bila saya balik saya sangat hopelesslah…masih tidak dapat digunakanlah..’’
Seorang lagi penghuni berkata, beliau sempat mengalihkan kenderaan dan beberapa barangan elektrik ke tingkat dua namun terdapat juga barangan yang tidak sempat diselamatkan.
Suria Hafida, Mangsa Banjir juga berkata :
‘’…Memang kerosakan tu sangat teruk…. Motor ada juga yang terperangkap…’’
Noor Azman, Mangsa Banjir turut berkata :
‘’…masa kejadian tu..… tinggal sikit-sikitlah untuk kita ni..’
Mereka mengambil peluang membersihkan kediaman masing-masing selepas air banjir mulai surut semalam.
Turut membantu, ahli sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan Yayasan Maghfirah yang turut menghulurkan bantuan membersihkan rumah mangsa banjir yang terjejas.