SELASA, 21 DISEMBER – Banjir yang melanda beberapa kawasan di Shah Alam sejak Ahad sehingga Selasa mencatatkan Sembilan orang terkorban.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, setakat ini, dua mangsa telah ditemukan maut pada 19 Disember manakala tujuh lagi mangsa ditemukan pada 20 Disember.
“Keseluruhan angka kematian yang melibatkan mati lemas di Shah Alam adalah seramai sembilan orang, tiga daripadanya adalah wanita, manakala baki enam mangsa adalah lelaki.”
– Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, Ketua Polis Daerah Shah Alam
Beliau berkata, keseluruhan angka kematian yang melibatkan mati lemas adalah seramai sembilan orang, tiga daripadanya adalah wanita, manakala baki enam mangsa adalah lelaki.
Menurut Baharuudin, dua daripada tiga wanita berkenaan adalah berbangsa Cina dan seorang lagi belum dapat dikenal pasti, manakala tiga daripada enam mangsa lemas lelaki belum dikenal pasti, seorang berbangsa India, seorang warganegara India dan seorang berbangsa Cina.
Katanya, dua mangsa yang ditemui pada 19 Disember masing-masing merupakan warga tempatan dan warga asing.