WARISAN Jadi Parti Nasional

(Presiden Warisan, / sumber : buletinSabah)
(Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal / sumber : buletinSabah)

SABTU, 18 DISEMBER – Parti WARISAN akan melebarkan sayapnya ke seluruh negara bermula hari ini, dengan memfokuskan kepada penyertaan keahlian daripada pelbagai kaum dan etnik.

Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata parti itu juga terbuka untuk membentuk gabungan dengan mana-mana blok sama ada Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti yang kini membentuk gabungan kerajaan.

Shafie berkata, setakat ini WARISAN bersama MUDA, namun, belum memutuskan untuk bergabung dengan mana-mana parti lain.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran WARISAN Peringkat Nasional di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara hari ini.

Mengulas Lanjut, beliau berkata, WARISAN juga masih belum menentukan kawasan mana akan ditandingi mereka khusunya di semanjung dalam Pilihanraya Umum PRU akan datang.

Ditanya keupayaan WARISAN untuk melebarkan sayap ke semenanjung, sedangkan parti itu lebih dominan di Sabah, beliau yakin tanggapan itu boleh diatasi selepas ini.

Mengulas lanjut, Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, sudah tiba masanya semua pihak melakukan perubahan dalam landskap politik negaran       dengan menolak politik berteras kaum tertentu disamping menumpukan pentadbiran yang bersih dan menolak sebarang habuan politik.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

3 Dos Vaksin Sinovac Beri 94% Perlindungan Varian Omicron

Next Post

Ketua Menteri Dari Etnik Dayak Mampu Bawa Wajah Baru Sarawak

Related Posts