SABTU, 18 DISEMBER – Akibat cuaca yang tidak menentu, lebih lebih lagi selepas PKP, Pendapatan sebahagian daripada nelayan di sekitar Santubong, Sarawak masih lagi terjejas teruk, walaupun pelbagai usaha kerajaan membantu meringankan beban mereka.
Kampung Buntal yang terletak lebih kurang 30km dari Bandaraya Kuching dengan mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan, merupakan kawasan perkampungan nelayan utama di negeri ini.
Terkesan dengan peningkatan ekonomi negara sekarang, ramai peniaga di pasar nelayan bungkus selepas negara dilanda wabak Covid 19.
Malah nelayan disini juga berkata setiao kali hujung tahun adalah tidak sesuai untuk menangkap ikan di laut berikutan cuaca dan musim yang tidak sesuai.
Selain itu, bantuan kerajaan yang terhad juga menyukarkan mereka untuk ke laut berikutan barang-barang untuk tangkapan musnah ketika musim tengkujuh
Tinjauan kru TV Pertiwi di perkampungan ini mendapati, walaupun lambakan hasil laut masih ada, tetapi ia hanya simpanan jualan untuk musim tengkujuh sahaja dan bukan tangkapan yang segar dari laut.