SABTU, 18 DISEMBER – Buat pertama kalinya Sarawak akan menentukan masa depannya tanpa campurtangan parti politik dari Semenanjung.
Namun Gabungan Parti Sarawak, yang merangkumi empat parti utama iaitu Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Pesaka Bumiputera PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) menjadi sandaran untuk kesinambungan politik negeri itu yang mempunyai trek rekod yang baik di bawah GPS.
Sekiranya menguasai PRN12, siapa ketua menteri akan dinoktahkan GPS kelak, namun lain pula dengan tuntutan DAP.
DAP yang mempunyai kubu kuat di Kuching dilihat maru merubah wajah politik sarawak melalui jawatan ketua menterinya.
Veteran DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan mahukan etnik Dayak kembali menjadi Ketua Menteri Sarawak.
Katanya untuk melihat Sarawak maju ke depan mustahil dicapai sekiranya bukan orang Dayak menguasai kerusi ketua menteri seperti pernah dilakukan dahulu oleh ketua menteri pertama sarawak yang lalu.
“Bilakah seorang Dayak akan dapat menjadi Ketua Menteri Sarawak sekali lagi? Tiada siapa pun yang tahu. Tetapi setakat ini, perkara ini kelihatan seperti satu cita-cita yang mustahil dicapai. Sarawak kelihatan seperti sudah terkebelakang dalam arah yang bertentangan sehingga impian untuk seorang Dayak menjadi Ketua Menteri dalam masa 50 tahun kelihatan seperti suatu perkara yang mustahil,”
– Lim Kit Siang, Veteran DAP
Lim merujuk dua Ketua Menteri pertama Sarawak sebelum ini, iaitu Stephen Kalong Ningkan dan Tawi Sli, yang kedua-duanya adalah daripada etnik Dayak.
Malangnya jawatan itu kini dilihat seolah-olah terlepas daripada tangan orang Dayak.
Memetik portal free today Lim berkata, beliau terkejut dengan tahap kemiskinan dihadapi komuniti Dayak yang tidak sepatutnya berlaku hari ini jika hak dan kepentingan Sarawak dipelihara seperti diazamkan oleh tokoh penubuhan Malaysia 58 tahun lalu pada 1963.
Beliau bagaimanapun memuji kelulusan pindaan perlembagaan kelmarin untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tetapi berkata, ia hanya langkah pertama dalam memulihkan hak rakyat Sarawak yang telah lama terhakis.
Parti Sarawak Bersatu (PSB) juga menyatakan kesediaanya untuk meletakkan kaum Dayak sebagai Ketua Menteri (KM) sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas PRN 12.
Bagaimanapun di utusan borneo presidennya Dato Sri Wong Soon Koh dipetik sebagai berkata bahawa jawatan berkenaan hendaklah di atas majoriti rakyat Sarawak dan sesiapa pun boleh menjadi Ketua Menteri negeri itu.