JUMAAT, 17 DISEMBER – Tinjauan TV Pertiwi mendapatkan ulasan orang awam mengenai sekolah vernakular menerima reaksi berbeza.
Rata-rata yang ditemui menyuarakan pendapat mereka tidak bersetuju dan mengakui kewujudan sekolah vernakular antara punca perpaduan kaum di Malaysia tidak menyeluruh.
Alif Haikal sebagai Orang Awam berkata :
‘’… sebab perlu dimansuhkan … menyebabkan perpaduan kita akan musnah..’’
Antara lain juga mereka berkata terlalu banyak dasar akan mengakibatkan perbezaan yang mungkin bercanggah dengan dasar asal dan perpaduan gagal dicapai.
Ismail Kasim, orang awam berkata :
‘’… sistem persekolahan di Malaysia…. Banyak-banyak dasar atau banyak-banyak sekolah ni…”
Namun, terdapat juga individu yang bersetuju dengan Pendidikan sekolah vernakular.
Isu tidak pandai berbahasa melayu pula dikatakan bukan masalah sistem pendidikan atau aliran tetapi ada kaum yang tidak berminat mengambil tahu tentang bahasa kebangsaan.
Abdul Taib, orang awam berkata :
‘’.. yang itu bagi saya adalah bangsa itu sendiri… jadi bagi saya takda masalah lah…’’