JUMAAT, 17 DISEMBER – Dua sungai di Kelantan menunjukkan bacaan paras bahaya iaitu di Sungai Kampung Jenob dan Sungai Golok, Tanah Merah, sejak awal pagi hari ini.
Carian TV Pertiwi di Laman Web Rasmi Public Info Banjir, setakat jam 12 tengah hari tadi , dua sungai berkenaan masing-masing mencatat bacaan 23.74 meter dan 23.62 meter.
Dua lagi lokasi menunjukkan paras amaran iaitu di Sungai Lebir, Kuala Koh, Gua Musang dengan bacaan 72.17 meter dan Sungai Kelantan, Kuala Krai sebanyak 23.39 meter.
Malah, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara PRABN melalui Jabatan Pengairan dan Saliran JPS turut mengeluarkan kenyataan amaran banjir di kampung yang berdekatan sungai terbabit supaya penduduk dapat bersedia menghadapi fenomena berkenaan.