JUMAAT, 17 DISEMBER – Seramai lebih 1.2 juta pengundi biasa bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 disaran membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi Sabtu ini.
Ini bagi mengetahui maklumat berkaitan pusat dan saluran mengundi serta nombor bilangan pemilih.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata ketika semakan dibuat, pengundi disaran untuk mencatat dan menyimpan maklumat berkenaan.
Semakan boleh dibuat menerusi saluran portal semakan daftar pemilih iaitu pengundi.spr.gov.my, Aplikasi MySPR Semak atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018
Tambah beliau, Bagi pengundi yang sudah mengetahui maklumat pengundian, disaran terus ke saluran mengundi ditetapkan.
Dalam pada itu, Seramai 1,213,769 pengundi biasa daripada 1,252,014 pengundi berdaftar layak mengundi Sabtu ini manakala seramai 20,360 orang adalah pengundi awal dan 17,885 sudah mengundi secara pos.