JUMAAT, 17 DISEMBER – Seorang anggota pasukan media yang mengikut bersama rombongan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken disahkan positif covid-19 sewaktu perjalanannya ke Asia Tenggara sebaik tiba di Kuala Lumpur.
Jurucakap Ned Price berkata Blinken dan kakitangan juga telah disaring di setiap perhentian dalam jelajah antarabangsa ketika tiba di Kuala Lumpur pada lewat selesa dan keputusan ujian adalah negatif.
Diplomat tertinggi Amerika itu berada di Jakarta pada hari selasa sebelum menuju ke Malaysia.
Beliau sepatutnya meneruskan perjalanan ke Bangkok pada lewat Rabu sebelum mesyuarat dengan pegawai Thailand pada hari berikutnya.
Sementara itu, jurucakap kementerian luar Malaysia berkata, ia dimaklumkan mengenai kes covid-19 terbabit oleh kedutaan AS pada awal Rabu dan individu itu telah segera dikuarantin.
Menurutnya, individu terbabit tidak terlibat dan tidak menyertai mana-mana program Setiausaha Blinken di Kuala Lumpur.