JUMAAT, 17 DISEMBER – Selepas lebih seminggu kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak berlangsung, ia tetap meriah biar pun penuh dengan norma baharu.
Perang Bendera di antara parti merancakkan lagi kempen yang menyaksikan 349 calon beraksi untuk sepenggal lagi bumi sarawak.
Baki yang tinggal untuk calon bertanding tidak kurang daripada 48jam sebelum kempen Pilihan Raya Negeri ditutup tepat jam 12 malam esok.
Kemeriahan turut dirasakan walaupun perlu mematuhi SOP yang sangat ketat sepanjang kempen yang dijalankan.
Kempen dan mengundi dalam norma yang baharu sudah tidak asing lagi, apabila pilihan raya negeri Melaka yang lepas turut mematuhi SOP yang sangat ketat.
Tinjauan kru TV Pertiwi di beberapa kawasan di sekitar Bahagian Samarahan dan Kuching menyaksikan bendera bendera parti turut digantung bagi mendapatkan sokongan pengundi.
Malah perang bendera dan poster serta kain pemidang dipasang oleh parti dan calon bertanding di PRN Sarawak semakin meriah bukan hanya di sekitar Bandar Raya Kuching sahaja, malah diluar kawasan seperti Muara Tuang sehingga ke Samarahan
Tidak kurang juga ada yang berkempen menggunakan pembesar suara dengan menaiki truk.
Jadi, tidak hairanlah jika PRN Sarawak ini menjadi hala tuju untuk menuju ke Pilihanraya Umum ke 15