JUMAAT, 17 DISEMBER – Harga ayam di Kelantan kini menunjukkan penurunan harga kepada RM7 sekilogram berbanding sebelum ini RM10 sekilogram.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP, Kelantan Adnan Abd Rahman mengesahkan penurunan itu selepas membuat pemantauan beberapa hari lalu.
Memetik laporan astro awani, Adnan berkata, rata-rata peniaga barangan basah di Kelantan memberikan Kerjasama yang baik kepada KPDNHEP serta mengikut seruan untuk menjual barangan asas seperti ayam dan sayur-sayuran dengan harga yang lebih rendah.
katanya, sebelum ini KPDNHEP telah menetapkan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia dengan harga RM9.30 sen bagi sekilogram ayam.
Beliau berkata, dengan skim itu, ayam dijual lebih murah dan terdapat juga peniaga yang menjual dengan harga RM7 sekilogram.
Mengulas lanjut, Adnan menyifatkan trend penurunan ini sebagai trend yang sihat dan pihak KPDNHEP mengalu-alukan peniaga untuk menurunkan lagi harga agar pengguna tidak terbeban dengan harga barangan asas yang tinggi.