KHAMIS, 16 DISEMBER – UMNO yakin dan percaya boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 jika diadakan dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun, menurut Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, UMNO akan berbalah sesama sendiri meskipun mereka memenangi Pilihan Raya akan datang.
Katanya, dilema yang berlaku itu disebabkan terdapat muslihat dalam kalangan ahli parti sendiri yang mahu mencapai kepentingan tertentu berbanding memikirkan masalah rakyat.
Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Amir ISMA berkata :
“Di sana ada seolah-olahnya pergaduhan dalaman di dalam UMNO itu sendiri jadi soal nak buat PRU segera atau tangguh pilihan raya adalah berkaitan kerana perbezaan kepentingan pihak-pihak dalam UMNO itu sendiri. jadi ada muslihat dia bukan berkaitan dengan kepentingan negara ataupun kepentingan rakyat tetapi kepentingan pihak di dalam UMNO.”
Jelas Ustaz Abdullah, pelbagai kepentingan yang dimahukan termasuk membatalkan dakwaan di mahkamah.
Malah sebahagian daripada mereka mahu Pemilihan UMNO diadakan segera supaya berlaku penstrukturan dengan menyingkirkan mereka yang mempunyai kepentingan peribadi.
Tambahnya, meskipun UMNO menang dalam PRU-15, delima yang dalam kalangan ahli parti Melayu terbesar itu akan menyaksikan keretakan yang menyebabkan negara tidak mampu bergerak ke depan standing dengan negara-negara membangun yang lain.
“Masalah parti Melayu yang besar ini dia dah bankrupt, dia dah bankrupt idealism perjuangan jadi betul mereka mempunyai parti yang besar, jentera pilihan raya dan pengundi yang besar khususnya apabiula mereka sihat tapi adakah mereka boleh membawa negara kembali kepada kegemilangan saya tak yakin kerana mereka sudah lagi tiada idealism perjuangan mereka bukan perjuangan melayu bukan lagi perjuangan Islam tetapi mereka bergaduh untuk perjuangkan mahukan perut masing-masing mereka akan terus bergaduh sesama mereka walaupun berjaya memenangi Pilihan raya.”