KHAMIS, 16 DISEMBER – Semalam Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia, BBC secara terbuka menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Saberi Yaakob, sehingga penggal Parlimen berakhir pada tahun 2023.
Langkah itu yang dilihat dilakukan secara tiba-tiba ibarat manakan pokok tidak bergoyang jika tiada anginnya dilihat satu tindakan untuk menafikan perlunya pilihan raya awal perlu dilakukan.
Sekaligus ia mengelak spekulasi PRU 15 lebih awal daripada tempoh sepatutnya selepas isu itu dibangkitkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi baru-baru ini.
Pengerusi BBC Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang juga Ahli parlimen pasir salak memberitahu, kepimpinan perdana menteri perlu diteruskan bagi membantu Kabinet memfokus kepada usaha membela rakyat dan mengatasi masalah akibat Covid-19.
Pakar Geostrategis Azmi Hassan berkata, sememangnya ada usaha untuk mengesyorkan daripada pihak UMNO untuk pilihan raya diadakan lebih awal, ini kerana berkemungkinan parti UMNO sudah mempunyai kekuatan dan bersedia untuk berdepan dengan PRU 15 berdasarkan PRN Melaka sebelum ini.
Manakala parti lain masih belum bersedia begitu juga dengan Pakatan Harapan.
Berdasarkan daripada sidang media semalam, katanya wakil wakil ahli parlimen dari parti, UMNO, PAS, GPS telah menyatakan sokongan namun dalam hal politik segalanya boleh berlaku, iaitu pihak yang dulunya kata tidak mengawalkan pilihan raya mungkin akan bertindak sebaliknya pada masa yang sesuai nanti.
TV Pertiwi difahamkan, jika Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan pilihan raya umum (PRU) diadakan, berkemungkinan besar pemilihan parti UMNO terpaksa diadakan lebih awal daripada sepatutnya dijadualkan.
Namun semalam keadaan adalah sebalikya apabila beberapa Ahli parlimen UMNO terus menyokong Ismail Sabri untuk meneruskan mengemudi kerajaan sehingga tahun 2023.
Lantas menyekat harast Zahid untuk PRU 15 dipercepatkan.
Memetik agendadaily, sumbernya memberitahu keputusan Mahkamah Rayuan ke atas kes bekas perdana menteri datuk seri najib razak didakwa mempunyai kaitan untuk Zahid mencari jalan bagi kes beliau.
Bagaimanapun, dengan kes masih ribuan dan dalam serangan varian baharu, rakyat pastinya tidak mahu PRU diadakan secepat mungkin.
Walaupun PRN Melaka dan Sarawak hujung minggu ini menjai sandaran, mungkin bukan mudah untuk Yang dipertuan agong membubarkan Parlimen.
Justeru itu, satu-satunya jalan terakhir dimiliki Zahid jika langkah mengadakan PRU awal tidak berhasil adalah dengan menarik semula keputusan menangguh pemilihan parti dan menjalankannya dengan secepat mungkin, kata agendadaily.
Pemilihan jawatan UMNO di semua peringkat cawangan, bahagian dan MT ditangguhkan selama 18 bulan bermula 30 Jun 2021. Selaras Perlembagaan UMNO Fasal 10.16 iaitu Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.
Untuk rekod, UMNO sebelum ini mengumumkan pemilihan jawatan UMNO di semua peringkat cawangan, bahagian dan MT ditangguhkan selama 18 bulan bermula 30 Jun 2021 iaitu pada 30 Jun 2022 dan tempoh sama untuk PRU15 diadakan.