![](https://tvpertiwi.com/wp-content/uploads/2021/12/omicron-300x169.webp)
(Omicron, foto hiasan / sumber : ABC news)
KHAMIS, 16 DISEMBER – Kementerian Kesihatan mengesan kes COVID-19 varian Omicron kedua di negara ini membabitkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, kes yang baharu dikesan ini merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarganya di Lagos, Nigeria.
Belia berkata, 18 kes kemungkinan varian Omicron dikesan di negara ini dalam kalangan pengembara yang pulang dari luar negara.
Jelasnya, 18 kes kemungkinan varian Omicron itu dikesan hasil ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan membabitkan 52 sampel.
Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan berkata :
“Daripada jumlah ini satu sampel menunjukkan berkemungkinan varian omicron… warganegara Malaysia yang menetap bersama keluarga di Lagos, Nigeria.”
Tambah Khairy, pesakit tidak mempunyai gejala dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.
Pesakit bersama ibu dan adik perempuannya tiba di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Disember lalu sebelum disahkan positif COVID-19 dua hari selepas itu.