KHAMIS, 16 DISEMBER – SOP sedia ada perlu dikaji semula terutama SOP di Masjid agar saf Jemaah boleh dirapatkan semula.
Mendapatkan Pakar Epidemiologi Universiti Putra Malaysia UPM,
Beliau berkata, dengan peningkatan kadar vaksinasi dan dos penggalak tiada masalah yang lebih besar untuk mengimarahkan masjid secara normal.
Prof Madya DR Marlina Osman, Pakar Epidemiologi Universiti Putra Malaysia UPM berkata :
‘’… saya juga berharap sop di masjid dapat disemak semula dan saya dapati tidak ada sebab dari kesihatan awam kenapa kita tidak dapatkan saf sebab kalau mereka sudah melengkapkan vaksin dos penggalak, jaga SOP boleh untuk mendekatkan saf tu
Tambah beliau, Malaysia juga berpotensi untuk mengikut jejak langkah Negara Brunei sekiranya pemberian dos penggalak secara menyeluruh dan kepatuhan SOP rakyat Malaysia masih diteruskan.
Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,900 kes baru COVID-19, Kes kumulatif kini berjumlah 2,703,140.
Untuk perincian pecahan terkini kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman sesawang COVIDNOW selepas tengah malam. Dalam pada itu, bermula hari ini, Sultan Brunei mengisytiharkan negara itu kini beralih ke fasa endemik.
Menurut Sultan Brunei, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa sambil menerima hakikat kehidupan cara baru.
Brunei menjadi negara ASEAN pertama mengumumkan peralihan ke fasa endemik.