KHAMIS, 16 DISEMBER – Cadangan mahu mahu gugurkan Hari Merdeka pada 31 Ogos dengan sekadar menyambut hari Malaysia pada 16 September dianggap satu suatu pemikiran yang mendukacitakan.
Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Aminuddin Yahaya berkata 31 Ogos merupakan tarikh simbolik dan penting bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang berjuang bermati-matian menentang penjajah.
“ 31 Ogos 1957 merupakan tarikh simbolik dan penting bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang berjuang bermati-matian menentang British.”
– Aminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA
Beliau berkata, Hari Merdeka mahupun Hari Malaysia masing-masing merupakan sambutan yang unik serta istimewa.
Jelasnya, 31 Ogos bukan sekadar tarikh semata-mata kerana melupakan tarikh keramat itu bermakna melupakan satu siri rantaian sejarah penting buat sejarah Sabah dan Sarawak serta Malaysia secara keseluruhannya.
Menurut Aminuddin, rakyat di negeri Sabah dan Sarawak turut menyambut 31 Ogos kerana faham akan kaitannya dengan mereka.
Jika ada rakyat di Sabah dan Sarawak tidak menyambut 31 Ogos, itu bukan alasan untuk menguburkan.
Tambah Aminuddin, sangatlah malang apabila seorang wakil rakyat senior yang pernah menjadi menteri sekian lama gagal memahami perkara ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Putrajaya perlu menggantikan Hari Merdeka yang disambut pada 31 Ogos dengan Hari Malaysia pada 16 September jika mahu melangkah ke hadapan sebagai satu negara.
Katanya, Hari Merdeka tidak bermakna kerana negara dikenali sebagai Malaysia dan perkara ini menyebabkan dua pemikiran berbeza kerana mempunyai Hari Merdeka dan Hari Malaysia.