KHAMIS, 16 DISEMBER – Orang ramai diminta tampil membantu polis mengesan seorang lelaki warga Myanmar, Abd Hamim Ab Hamid, 33 tahun yang turut dikenali sebagai ‘Long Tiger’, selepas meloloskan diri daripada lokap Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat, berkata polis kini melancarkan Ops Tutup di sekitar daerah ini dalam usaha mengesan suspek yang melarikan diri dalam keadaan tangan bergari.