KHAMIS, 16 DISEMBER – Kes pertama varian yang dibimbangi (VoC) Omicron melibatkan rakyat tempatan dikesan di Malaysia.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, kes yang baharu dikesan ini merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarganya di Lagos, Nigeria.
“Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kes sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif.