RABU, 15 DISEMBER – Terdapat pindaan-pindaan dan perincian undang-undang yang perlu dijelaskan mengenai bidang kuasa pegawai kesihatan dan pelaksanaannya terhadap rakyat yang membimbangkan ramai pihak termasuk pakar kesihatan awam sendiri.
Demikian menurut Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, (PPPKAM), Datuk Doktor Zainal Ariffin Omar.
Datuk DR Zainal Ariffin Omar selaku Pakar Kasihatan Awam berkata :
“….ada beberapa perkara saya rasa pindaan yang perlu dilakukan pindaan 342 tu, ada beberapa pihak tidak selesa dengan pindaan-pindaan tu contohnya, seksyen 2 (2) yang mengatakan semua pengamal perubatan bila tau ada kes perkara ini terlalu luas jadi merisaukan terutamanya doktor menjadi mangsa doktor swasta, tak lapor tak comfortable….”
Soalnya lagi, pegawai boleh menyiasat mengenai kesalahan sekiranya pelanggaran akta COVID-19 ini dilakukan, namun tindakan yang macam mana akan diambil ke atas masyarakat?
Datuk DR Zainal Ariffin Omar, Pakar Kasihatan Awam berkata :
“…. Melihat semangat undang-undang tu bagus, tapi dari segi pelaksanaaan tu orang takut kerana esok yang kena semua orang, budak sekolah, pelajar universiti, kedai, orang miskin, ini pelaksanaaan sekarang yang esok nanti yang kena tangkap, kena pukul, masuk lokap adalah orang biasa..”