RABU, 15 DISIEMBER – Kami sokong penuh pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri.
Demikian yang dinyatakan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC). Perikatan Nasional back benchers Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam sidang media di parlimen sebentar tadi.
Beliau berkata, ahli parlimen menyatakan sokongan penuh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri sehingga tamat penggal ini.
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak berkata :
“…kita dari pihak… merupakan tulang belakang menyokong penuh Perdana Menteri. mudahan dia dapat mengetahui penuh kerajaan sehingga habis penggal sehingga 2023. Jadi terus stabil dan kukuh mendapat sokongan dariu semu bukan saja dr kerajaan tapi pembabangka yg berjanji menyokong kerajaan. Dan kita ucapkan terimakasih kepada pihak pembangkanh. this is new politic new matured politik…”
Mengulas lanjut beliau berkata, pencapaian 100 hari di bawah pentadbiran Ismail Sabri bukti kerajaan berjaya dan mampu untuk terus mentadbir negara.
Sementara itu, turut menyatakan sokongan adalah Datuk Doktor Mohd Khairuddin Aman Razali mewakili parti PAS, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang mewakili GPS yang turut hadir pada sidang media sebentar tadi.
Turut hadir sama pada sidang media adalah Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz
Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Batang Lupar berkata :
“…saya dari pihak GPS mengucapkan jutaan terimakasih kepada semoga keluarga malaysia…ini semangat keluarga malaysia yg sangat kita alukan dan semua dapat rasa kekuatan ini dengan bekerjasama…”
Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata :
“…mewakili PAS kami menyokong penuh PM yang berjaya membawa wadah kepimpinan keluarga malaysia yang berjaya…tidak mengira kaum dan juga rantau…”