Ia antara lain menyaksikan penurunan kuasa untuk pelaksanaan penguatkuasaan, peruntukan mengenakan tindakan terhadap pertubuhan perbadanan serta penalti am terhadap individu dan pertubuhan perbadanan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pindaan terhadap undang-undang berusia 32 sejak dikuatkuasakan pada 1 April 1989, bakal menangani isu penguatkuasaan Akta 342 apabila ia diseragamkan dalam kalangan pegawai agensi berkaitan.
Beliau berkata, ia termasuk tiga peruntukan baharu dan lima pindaan yang sebelum ini wujud dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
Katanya, dua peruntukan baharu adalah peruntukan yang wujud dalam peraturan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dan komponen berkaitan.
Ordinan Darurat ditamatkan di Dewan Rakyat pada 25 Oktober lalu dan di Dewan Negara pada 8 Disember lalu.
Seramai lebih 25 juta individu atau 97.3 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 98.6 peratus atau 23.1 juta golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, 89.8 peratus populasi remaja atau 2.8 juta individu berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 89.8 peratus atau 2.7 juta individu golongan itu lengkap divaksinasi.