RABU, 15 DISEMBER – Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, ditangguhkan sekali lagi ekoran status MySejahteranya masih mengklasifikasikannya sebagai individu dalam perintah pengawasan dan pemerhatian (PUS).
Terdahulu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menjalankan perbicaraan secara hibrid.
Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata :
“Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak dan menimbangkan perkara itu, saya memutuskan untuk tidak membenarkan prosiding hibrid buat masa ini tetapi bukan untuk masa depan,”
Hakim memutuskan untuk membenarkan prosiding itu ditangguhkan ke 16 Disember ini.
Semalam, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memohon mahkamah membenarkan prosiding hibrid mengikut Seksyen 15 A Akta Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2020 yang membolehkan mahkamah menjalankan prosiding jarak jauh dengan Najib, yang dilarang daripada memasuki kompleks mahkamah kerana status MySejahteranya.
Seksyen itu membolehkan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi menjalankan prosiding melalui pautan video atau televisyen secara langsung atau sebarang cara komunikasi elektronik lain.
Pihak pembelaan dijadualkan menyoal balas saksi pendakwaan ke-13, bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB Azmi Tahir apabila perbicaraan bersambung pada Khamis.
“Datuk Seri Najib Razak menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.’’
Najib, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.