Hari Pengundian Awal Bermula, GPS Terus Mendahului

(Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg / sumber : ikatanmy)
(Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg / sumber : ikatanmy)

RABU, 15 DISEMBER – Pengundian awal Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 bermula hari ini, dengan pandangan ramai kekal merasakan bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg, akan diberikan mandat semula untuk mentadbir negeri dan persoalan utama kini adalah, berapa jumlah kerusi yang mampu dimenanginya.

Hanya empat Dewan Undangan negeri (Dun) menyaksikan pertandingan satu lawan satu, manakala yang lainnya membabitkan pertandingan pelbagai yang akan menyaksikan parti pembangkang bertembung sesama sendiri dalam cubaan menewaskan GPS.

Dengan hari pengundian Sabtu ini semakin hampir, parti-parti seperti PKR yang memperoleh tiga kerusi pada PRN 2016 dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang menurunkan 73 calon pada PRN ini, dijangka tidak akan menampilkan banyak cabaran.

Pertelagahan dalam parti dan ketiadaan isu-isu penting menjadikan kempen mereka agak hambar sejak hari pencalonan 6 Disember lalu.

Secara realistik, pemain utama masih GPS, DAP dan PSB. Yang lainnya, termasuk Parti Bumi Kenyalang, malah PKR tidak akan menang walau satu kerusi sekali pun. Parti yang perlu diperhatikan ialah PSB yang bertanding buat kali pertama, namun mereka kelihatan memiliki banyak sumber.

GPS bertanding di semua kerusi manakala DAP mempunyai 26 calon dan PRS mengemukakan 70 calon.

PKR mengurangkan jumlah kerusi yang ditandingi daripada 40 kerusi pada PRN lepas kepada 28.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hanya Dihargai Oleh Bukan Melayu Untuk Keuntungan Mereka

Next Post

PNBBC Sokong Ismail Sabri

Related Posts