RABU, 15 DISEMBER – Seorang pemerhati politik, Mohd Lutfi Abdul Khalid berpendapat ada segelintir orang melayu tidak menghargai Bahasa kebangsaan sendiri sedangkan sesetengah bangsa lain menggunakan bahasa kebangsaan itu dan tulisan jawi demi untuk keuntungan buat mereka.
Mohd Lutfi dalam satu kenyataannya kesal dengan sikap itu yang berlaku di negara ini.
Katanya, jika mahukan diri dikenali ada sebahagian golongan bukan Melayu memasuki pasaran hiburan Melayu dan sanggup berbahasa Melayu, dan diterima orang Melayu.
Manakala jika mahukan pulangan lumayan dalam perniagaan makanan katanya tulisan jawi pula digunakan untuk menarik pelanggan Melayu.
Namun dalam hal-hal lain bahasa melayu dan tulisan jawi diketepikan.
Tambah Lutfi, golongan bermati-matian membantah pengenalan subjek tulisan Jawi/Khat dalam silibus sekolah persendirian oleh orang bukan Melayu juga diketepikan walaupun sekadar tiga muka surat sahaja. Kononnya ia akan “mencemari” dan “mempengaruhi” minda dan “mengIslamkan” para pelajar mereka.
Bagi beliau paling dikesali apabila ada individu melayu pula yang tidak mementingkan bahasa kebangsaan sendiri.
Pendapat Lutf itu disokong Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya yang menyifatkan bahawa bahasa kebangsaan hanya akan dihargai orang bukan Melayu jika mendatangkan kepentingan buat mereka.
Aminuddin Yahaya selaku Pengerusi PEMBELA berkata :
“ini semua pasal ada kepentingan, bila ada kepentingan mereka akan menggunakan…kita menerima mereka duduk sekali dan sebagai nya”
Bagi beliau kuasa pemerintah yang mampu membantu mempertahankan apa yang dimiliki ornag Melayu.
Tambahan pula, Pengerusi PEMBELA ini berkata lagi,
“tapi bila kita tengok bila mereka ada kuasa itu lah jadinya……kalau ada pemimpin yang tak sedar lagi saya tak tau lah apa yang sy nak cakapkan”