RABU, 15 DISEMBER – Bahasa Melayu mungkin mengikuti jejak tulisan Jawi yang semakin terkubur sekiranya tiada pihak yang serius mempertahankan bahasa kebangsaan, lambang identiti dan jati diri bangsa.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Fauzi Asmuni berkata, bahasa Melayu kini berdepan ancaman hebat untuk dipinggirkan dan kini berada dalam ‘fasa bertahan’.
Beliau menjelaskan, buat masa ini, negara masih bernasib baik kerana ada beberapa pihak yang masih mempertahankan bahasa kebangsaan daripada terus dipinggirkan.
Muhammad Fauzi Asmuni sebagai Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berkata :
“… Saya gambarkan bahasa Melayu ni di fasa bertahan, sebenarnya ia masih lagi terancam, dan dipinggirkan… Kita ada perjuang-pejuang bahasa-bahasa yang lain…”
Dalam pada itu, Menurut Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merangkap Pengarah ATMA, UKM, Datuk Seri Professor Doktor Awang Sariyan,
Para akademia sendiri perlu bangga dengan Bahasa Melayu kerana terlalu kurang kajian dan kertas kerja dalam Bahasa kebangsaan termasuk di UKM sendiri.
Datuk Seri Prof. DR. Awang Sariyan, Lembaga Pengelola DBP & ATMA UKM berkata :
“…Ilmu perlu disuburkan dengan pengkaryaan, tetapi satu masalah professor tidak mahu menulis dalam Bahasa Melayu kerana tidak ada lagi pasaran, tiada khalayak pembaca…. Walaupun kuliahnya dalam Bahasa Melayu…”
Kedua-duanya memberi pandangan demikian ketika menjadi panel dalam program Dimensi: Negara Maju Guna Bahasa Melayu, Bagaimana Dengan Malaysia? Yang disiarkan secara langsung menerusi TV Pertiwi, malam tadi.
Untuk ikuti diskusi penuh boleh layari di Platform Youtube dan Facebook TV Pertiwi.