Blinken Adakan Lawatan Kerja Ke Malaysia

( Lawatan Blinken ke Malaysia / sumber : hmetro)
( Lawatan Blinken ke Malaysia / sumber : hmetro)

RABU, 15 DISEMBER – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J Blinken, tiba malam tadi untuk memulakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia.

Pesawat khas membawa Blinken dan delegasinya seramai 39 anggota mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang kira-kira jam 10.30 malam.

Kuala Lumpur adalah persinggahan kedua Blinken sempena lawatannya ke tiga negara Asia Tenggara.

Semalam, beliau melawat Jakarta, Indonesia dan dijangka meneruskan lawatan ke Bangkok, Thailand.

Hari ini, Blinken akan menyertai mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah di Putrajaya sebelum melakukan kunjungan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di bangunan Parlimen.

Lawatan Blinken ini amat bermakna memandangkan AS ke arah meningkatkan pembabitan dengan Asia Tenggara dan mengukuhkan kedudukannya di Indo Pasifik.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MARA Tamatkan Pengajian 10 Pelajar MRSM Terlibat Buli

Next Post

Pindaan Akta 342 Demi Kesinambungan Penguatkuasaan

Related Posts