SELASA, 14 DISEMBER – Mana-mana individu yang menyedari terdapat kejadian buli khususnya melibatkan pelajar namun tidak membuat aduan boleh dianggap sebagai bersubahat dan terlibat secara tidak langsung.
Pakar Perlembagaan Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata kepada media, mungkin tidak ramai yang menyedari situasi berkenaan yang sememangnya terkandung di dalam undang-undang.
Pakar Perlembagaan Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata :
“Perbuatan mendera atau mempermain-mainkan orang lain dengan tujuan menggertak, mencederakan atau menakutkan orang yang lebih lemah adalah terlalu ringan untuk digunakan dalam konteks ini”
Jika dirujuk kepada undang-undang, kes yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap mana-mana pihak, terutamanya pelajar, tetapi mereka iaitu Saksi diamkan diri, maka mereka juga terlibat secara tidak langsung dalam perlakuan jenayah itu, katanya.
Jelasnya lagi, Gejala buli mungkin perlu menggunakan istilah yang lebih berat yang mampu menunjukkan kesan akibat perbuatan tersebut.
Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata, gejala buli bukan lagi perkara asing di negara ini malah telah dibahaskan pada peringkat tertinggi.
Namun, katanya, perkara itu dilihat ‘bermusim’ berdasarkan kes yang dilaporkan akan kembali ‘sunyi’ seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku apabila keadaan kembali tenang.
Katanya lagi, usaha secara menyeluruh diperlukan untuk mengatasi isu berkenaan bagi memastikan ia bukan hanya menjadi isu yang bermusim.
Baru-baru ini tular mengenai insiden buli melibatkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama di Kuala Kangsar, Perak.