SELASA, 14 DISEMBER – Pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang membabitkan anggota dan pegawai polis serta tentera dan pasangan bermula jam 7.30 pagi tadi.
Ia membabitkan 12,585 anggota dan pegawai tentera serta pasangan, dan 10,458 anggota serta pegawai polis dan pasangan.
Pengundian itu dijangka dilaksanakan sehingga jam 5 petang ini.
Sejumlah 349 calon bertanding dalam PRN-12 dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pengundian pada Sabtu ini.
Daripada itu, Sejumlah 17 peratus petugas barisan hadapan terdiri polis dan tentera serta pasangan yang mengundi awal hari ini, sudah keluar menjalankan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, setakat jam 9 pagi tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), memaklumkan lebih 80 pusat mengundi awal bagi PRN Sarawak mula dibuka sejak jam 7.30 pagi bagi membolehkan pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka