ISNIN, 13 DISEMBER – Pimpinan tertinggi UMNO akan mengadakan rundingan dengan kerajaan untuk mencari kesepakatan waktu paling sesuai diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, menerusi hasil rundingan berkenaan Perdana Menteri akan menasihati Yang di-Pertuan Agong dan keputusan itu tertakluk kepada Seri Paduka Baginda.
Mohamad Hassan yang mesra dipanggail ‘Tok Mat’ menambah bahawa :
“…. Pilihan raya ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti dan pucuk pimpinan negara berunding mencari kata sepakat”.
Apabila parti sudah bersedia dan kerajaan pun sudah bersedia untuk mengadakan PRU barulah ia diadakan.
Kerana tambahnya, kalau mahu dibuat awal, Pembubaran Parlimen perlu atas nasihat Perdana Menteri dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau Tahun 2021.
Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.