ISNIN, 13 DISEMBER – Tiada kepentingan Pilihan Raya Umum ke-15, PRU-15 perlu disegerakan kerana ancaman dari varian baru COVID-19, Omicron masih belum dapat dipastikan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun prosedur operasi standard SOP telah diperketatkan semasa Pilihan Raya Negeri, PRN Melaka berjaya mengelakkan pertumbuhan kluster baharu namun buat PRU15 masih belum ada keperluan untuk diadakan dalam waktu terdekat.
Ujar Khairy, penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM adalah kewajaran yang perlu diteliti untuk mengelakkan perkara yang tidak perlu disegerakan.
Situasi sedia ada perlu dijaga rapi bagi mengelak risiko semasa yang lebih buruk
Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan berkata :
‘’Sarawak tak dapat dielakkan sebab tempoh waktu Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah tamat. Dalam kes Melaka, DUN dibubarkan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, jadi kita buat SOP yang ketat.’’
Khairy berkata, PRU 15 adalah berbeza berbanding PRN Melaka dan Sarawak ekoran kehendak undang-undang.
Manakala PRN Sarawak perlu dilaksanakan namun dengan SOP yang lebih ketat.
Mengulas lanjut, Khairy juga telah memaklumkan saranan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana bimbang dengan risiko ancaman varian Omicron.
Menurut beliau, dalam situasi PRU, pandangan KKM masih kekal untuk tidak dilaksanakan terutama sewaktu varian Omicron yang yang perlu dikaji dan dilihat dengan lebih mendalam.
Beliau berkata demikian pada program Bicara Naratif Khas di RTM, malam tadi,