ISNIN, 13 DISEMBER – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak perlu disegerakan kerana kemunculan varian baharu COVID-19 Omicron yang masih tidak diketahui ancamannya.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun prosedur operasi standard (SOP) ketat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berjaya mengelak wujudnya kluster dan lonjakan kes harian COVID-19, PRU15 tidak perlu diadakan dalam tempoh terdekat.