Status Mysejahtera ‘Jingga’, Perbicaraan Rosmah Tangguh

(Datin Sri Rosmah Mansor / sumber : utusan)
(Datin Sri Rosmah Mansor / sumber : utusan)

JUMAAT, 10 DISEMBER – Perbicaraan mahkamah kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ditangguhkan setelah status My Sejahtera beliau berwarna jingga.

Status my sejahtera Isteri bekas perdana Menteri itu menunjukan beliau sebagai  kontak rapat pesakit covid-19

Ketika prosiding pembelaan diri kes rasuah projek hybrid solar di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Rosmah yang diwakili peguam Datuk Jagjit Singh memaklumkan status mysejahtera anak guamnya berwarna jingga.

Sehubungan itu, Hakim, Mohamed Zaini Mazlan meminta Tarikh perbicaraan baharu pada isnin ini untuk mengemas kini status Rosmah. 

Timbalan pendakwa raya, datuk Seri Gopal Sri Ram kemudian memberi cadangan akan prosiding dijalankan secara hybrid agar perbicaraan dapat dijalankan dalam talian dan pejabat peguam dengan kehadiran pihak pembelaan dan pendakwaan.

Mohamed Zaini Mazlan selaku Hakim berkata :

 ‘’Saya tidak mahu menjejaskan keseluruhan perbicaraan hanya sebab ia okay pada peringkat ini. Saya mahu lebih berhati-hati,”

Ujar Zaini, beliau mahu mengambil langkah berhati -hati kerana tiada peruntukan undang-undang mengenai situasi ini.

Mohamed zaini kemudianya menetapkan tarikh tambahan bagi perbicaraan memandangkan terdapat dua saksi pembelaan yang perlu memberi keterangan

Mahkamah menetapkan tarikh 23 hingga 24 disember ini serta 13 dan 14 januari untuk perbicaraan kes.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dong Jiao Zong Mahu Tulisan Jawi Letak Paling Bawah

Next Post

Gubal Undang-Undang Elak Umat Islam Didiskriminasi

Related Posts