JUMAAT, 10 DISEMBER – Di parlimen kerajaan tidak berhasrat menarik balik sebarang kelulusan berkaitan pelesenan penjualan minuman keras setakat ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz turut menafikan tohmahan yang menuduhnya bertindak membatalkan perkara berkaitan aspek pelesenan berkenaan.
Menurutnya, sebarang isu berhubung pelesenan atau pengecualian daripada pelesenan adalah tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri sepenuhnya.
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan berkata :
“Setakat ini, tiada pindaan dibuat bagi perwakilan kuasa tersebut, di mana kerajaan negeri diberi kuasa untuk membuat keputusan berkenaan lesen penjualan minuman keras. Saya akur baru-baru ini timbul pelbagai kekeliruan dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan lesen penjualan minuman keras di peringkat negeri………masih kekal tanpa sebarang perubahan”
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tony Pua pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini mengenai rasional perintah baharu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mewajibkan kedai kopi dan restoran memohon lesen arak untuk menjual bir kepada bukan Islam, mulai tahun depan.
- Penjualan minimum keras secara runcit di premis perlu dilesenkan mengikut Akta Eksais 1976
- Sebarang pelesenan penjualan minum keras perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pelesenan, selaras dengan Seksyen 35, Akta Eksais 1976.
Zafrul berkata, dasar sedia ada menggariskan penjualan minimum keras secara runcit di premis perlu dilesenkan mengikut Akta Eksais 1976.
Katanya, sebarang pelesenan penjualan minum keras perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pelesenan, selaras dengan Seksyen 35, Akta Eksais 1976.
Beliau berkata, pelesenan penjualan minum keras kekal di bawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan yang dilantik melalui perwakilan kuasa Menteri Kewangan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri melalui perintah diwartakan, pada 1977.
Selain itu, beliau berkata, kementerian juga sudah mengarahkan JKDM untuk mengambil tindakan segera dan mengemaskini segala dokumen perintah atau garis panduan bagi memastikan kekeliruan ini tidak berulang.