Oleh Ezzati Asyiqin Solleh, Wartawan TV Pertiwi.
JUMAAT, 10 DISEMBER – Langkah kerajaan bagi meringankan kos tanggungan rakyat ekoran kenaikan harga ayam dengan mengimport bekalan ayam sejuk beku dari negara luar mendapat pelbagai reaksi.
Bekalan ayam berkenaan akan dieksport dari China dan juga Thailand bagi menampung bekalan ayam dalam negara.
TV Pertiwi hari ini membuat tinjauan di pasar sekitar cheras bagi mendapatkan pandangan peniaga dan juga pembeli tentang langkah ini.
Ezzati Asyiqin Solleh sebagai wartawan melaporkan bahawa berkata :
‘’…inisiatif kerajaan bagi membantu golongan rentan… bagi mendapatkan komen peniaga dan juga pembeli bagi isu ini.
Saya menemubual peniaga ayam yang nyata tidak bersetuju dengan tindakan mengimport ayam sejuk beku dari luar.
Ujar beliau, peniaga ayam tempatan akan terkesan kerana pasar segar hanya menjual ayam segar dan mengikut harga semasa
Ahmad Mayan sebagai peniaga berkata :
‘’…pada saya pendapat saya ….. jangan nak cepat tak betul susahkan peniaga..’
Pembeli dan pengunjung pasar juga mengakui, sedikit ragu-ragu tentang status ayam yang akan diimport walaupun telah diyakinkan melalui kenyataan Jabatan Perkhidmatan Veterinar DVS.
Noor Amelia sebagai Pembeli berkata bahawa, ‘’… Kalau saya sebagai pembeli… walaupun dia mahal sikit…’’.
Siti Nazreen, Pembeli pula berkata, ‘’… bagi saya baik beli ayam yang fresh la… kita tak tahu kan dari mana datangnya cara sembelihannya…’’
Tinjauan saya mendapati pihak peniaga ayam dan pembeli tidak bersetuju tentang langkah kerajaan yang mengimport bekalan ayam sejuk beku dari negara luar.
Mereka juga perlu menanggung kos yang tinggi dan tidak mendapat faedah daripada pelaksanaan berkenaan.
Justeru, semoga kerajaan lebih teliti dan melihat kesan import bekalan ayam ini secara lebih menyeluruh agar semua golongan yang terkesan mendapat anfaat dan bukannya kerugian.
SILA TONTON DI SINI