JUMAAT, 10 DISEMBER – Tiga isu perlu dipandang serius oleh kerajaan terhadap umat Islam yang didiskriminasi di negara ini.
Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Bangi, Ustaz Bilal Jailani berkata, perhatian perlu ditumpukan bagi menangani isu yang membabitkan pengendalian menjual arak, menunaikan solat Jumaat serta pemakaian tudung.
Ustaz Bilal Jailani sebagai Yang Dipertua ISMA Bangi berkata :
“Ada 3 isu muslim didiskriminasi yang pertama pengendalian arak mereka boleh dibuang kerja kerana mengendalikan arak yang ke-2 mereka bo;leh dibuang kerja sekiranya mereka pergi solat jumaat mereka tidaj dilindungi dan yang ke-3 mereka boleh dibuang kerja sekiranya tak nak buka tudung. ini teruk betul 3 benda ni jika seseorang itu dipecat disebabkan 3 perkara itu mereka boleh dipecat dan tiada akta pun peruntukan yang melindungi mereka dapat pampasan pun dapat sebulan gaji itu sahaja. ini terlalu teruk bagi saya dan perlu diselesaikan segera oleh para politikus yang mewakili umat Islam di luar sana.”
Beliau berkata, sehingga kini tidak kelihatan sebarang undang-undang melindungi pekerja muslim meskipun kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Justeru, Ustaz Bilal menggesa ahli politik yang mewakili umat Islam di luar sana segera menggubal undang-undang bagi menangani isu berkenaan supaya umat Islam tidak didiskriminasi di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel program Dimensi yang bertajuk ‘Jual Arak Jenayah, Namun Masih Berleluasa?’ yang disiarkan secara langsung di TV Pertiwi, malam tadi.
SILA TONTON DIMENSI DI SINI